Search This Blog

Wednesday, April 22, 2009

Food For Moms Part 2

Hi again... saja nak share bulletin yang I subscribe on pregnancy ni.. the following are foods yang KITA SELALU makan tanpa disedari merbahaya(or berbahaya) untuk org2 yang bakal menimang cahaya mata ni.. good for me to know oso at present, kalau idak... aku pun hentam saja laa labu.....

Things To Avoid Consuming During Your Pregnancy:

1.   Mussels, Crab, Shrimp, and other shellfish
2.   Shark (longer living saltwater fish accumulate higher levels of mercury )
3.   Swordfish
4.   King Mackerel
5.   Tile Fish
6.   Bluefish
7.   Tuna Steak
8.   Striped Bass
9.   Freshwater Fish
10. Canned Tuna (especially Albacore Tuna) 
11. Heavily Processed Foods
12. Caffeinated Substances 
13. Coffee
14. Energy Drinks (any kind of energy boosters)
15. Unpasteurized Cheese
16. Refrigerated pates and meat spreads
17. Deli/Luncheon Meats
18. Hot Dogs
19. Undercooked Eggs
20. Rare to Medium-Well Meats
21. Unpasteurized Juices
22. Mushrooms
23. Artificial Sweeteners
24. Black Tea
25  Peanut Products (poses allergy risk to child if you or your family have nut allergies)
26. Alcohol, Smoking, and Illegal Drugs 
27. Any prescription medication that wasn't prescribed specifically for you while pregnant.

Hopefully, we gain something from this ek......

Tuesday, April 21, 2009

Rojak Petis

Time2 first trimester ni mmg sedap makan buah2an... tapi other half kata kalau ada petis tu lebih sedap... so, visit laa pasar malam last nite.... finding here and there...hmmm tak jumpa... tapi sebab other half dah mentioned pasal petis, terus laa meleleh ayor liur... mau tak mau kena laa masak creatively kan... amik dalam 15 batang cili kering (rebus dulu supaya tak sakit perut..bagi masak dulu) toskan, masukkan dalam blender together dengan belacan dalam sekeping..blend sampai lumat dengan secawan air.... masukkan dalam periuk bahan yang dah blend tu... didihkan api perlahan2... sampai laa didih... masukkan garam secukup rasa...dan gula dalam 300 gram.. masukkan kicap dalam secawan... masakkan lagi dengan api perlahan2.... supaya likat sikit... nak cepat liakt, teknik nya masukkan sesudu tepung kanji campurkan suku cawan air...larutkan tepung dalam air... pastu masukkan kedalam bahan yang dimasak tadi...didihkan lagi..... sejukkan, masukkan dalam bekas pastu masukkan dalam peti sejuk... hmm... makan dgn apa2 jenis buah pun.. sure jilat jari....!

Friday, April 17, 2009

Sambal Goreng

Ni my personal favorite kalau masa raya... suka balik kampung sbb jiran dpn umah mak tu sefamily jawa 'totok' kira jawa rangers laa paling piau... hmm... my neighbour ni tau kalau i balik raya, mesti dia bagi sambal goreng ni lebey sikit.... and my family kat umah pun tau, sambal goreng ni my personal feveret, so, mmg khas utk i the whole sepiring or semangkuk tu... makandgn ketupat or nasik gitu2 je dah sedap.... apa perlu ada utk sambal goreng ni...tempe...kentang...tahu... sumer goreng garing...potong dulu rectangular shaped (1/2 inch long 1/4 inch wide tebal 1/4 inch) goreng garing..toskan... amik suhun rendam.... bawang merah dgn 2-3 ulas garlic and cili boh blend sampai hancur... tumiskan dalam minyak sikit... tumis sampai garing r'ber bukan hangus.... masukkan garam, gula (2-3 sudu makan) serbuk pak aji kalau suka... pastu masukkan bahan2 yang ditos tadi.... kacau rata...., masukkan kicap manis JALEN(ditanggung HALAL) dalam 1/4 cawan.. masukkan plak suhun yang dahlembut lalu ditos tadi... gaul rata sampai sedikit kering..... 
hmm....nyam..nyam........ ngidam laa plak ni.... kena buat karang baby dalam perut keluar ayor liur meleleh jek... hihihihiiihi

Ayam Masak Merah

Tadi saja borak2 dgn old-long acquintance yang suka makan ayam.... he is asking for resepi ni... tak sempat nka tulis, bagi dalam YM jek dulu... tapi yang ni i bagi bebetul... kadang2 kita2 ni sering terconpius AYAM MASAK MERAH dgn AYAM MASAK SAMBAL or CILI... ayam masak merah my mom secret is, serai or lemongrass.... well, anyway, depending on brp ayam korang nak guna i bagi resepi untuk sekoh ayam saiz sederhana.... goreng ayam 3/4 cook dgn garam, serbuk kunyit dan halia...bagi hilang hanyir (yang ni kekanak tadika pun tau kan... hihi... taking words from that acquintance)... at the same time, prepare sambal merahnya.... ambik cili boh dalam 2 senduk nasi tu... bawang besar 2labu, garlic 5-6 ulas, halia seinci, serai 3 batang..... blend sumer ni sampai halus.. panaskan minyak, masukkan cengkih, kayu manis, buah pelaga dgn bunga lawang sikit.. tumiskan bahan yang di blend tadi... tumis api sederhana sampai garing... masukkan garam, gula (lebih sikit dalam 2-3 sudu makan) dan serbuk perasa jika suka.... masukkan ayam goreng tadi... gaul rata, masukkan santan pekat dalam secawan, bubuh air asam jawa (sikit je asam nya dalam sesudu, air suku cawan)....masukkan tomato puree kalau suka sesudu... didihkan sikit atau samapi sedikit pekat... nyam..nyam.... mesti meleleh ayor lior.... hihihii

Monday, April 13, 2009

Ever Dangerous Chicken Wings

Chicken Wings - Its Dangerous
Avoid eating chicken wings frequently - ladies, especially; a true story...!
A friend of mine recently had a growth in her womb and she underwent an operation to remove the. 
 
The cyst removed was filled with a dark colored blood. She thought that she would be recovered after the surgery but! she was terribly wrong. 

A relapse occurred just a few months later. Distressed , she rushed down to her gynecologist for a consultation. 

During her consultation, her doctor asked her a question that puzzled her.  
He ask if she was a frequent consumer of chicken wings and she replied yes wondering as to how, he knew of her eating habits. 
You see, the truth is in this modern day and age; chickens are injected with steroids to accelerate their growth so that the needs of this society can be met.  
This need is none other than the need for food. 

Chickens that are injected with steroids are usually given the shot at the  neck or the wings.  
Therefore, it is in these places that the highest concentration of steroids exists.  
These steroids have terrifying effects on the body as it accelerates growth..  
It has an even more dangerous effect in the presence of female hormones, this leads to women being more prone to the growth of a cyst in the womb. Therefore, I advise the people out there to watch their diets and to lower their frequency of consuming chicken wings!

p/s: i don't write this article, just good info to share..

Something to Ponder

Kali ni just nak share apa yang perlu kita lakukan..ttg bab2 makanan ni.. the following article is not written by myself, tapi memandangkan BANYAK ILMU yang ada, mungkin boleh jadi iktibar dan jadi ikutan (mana yang baik ye...) sorilah, panjang sikit dari biasa...

PERTEMBUNGAN ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU (AL-QURAN) & HADIS

Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan Nya.

Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan . Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman" . Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
9. etc.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini . Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah . Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam . Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya . Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot . Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya . Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas . Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun . Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7. Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun . Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.

Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital .

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama . Arwah guru saya menasihati agar: 
1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau 


Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata 
, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah . Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia . Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja . Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati . Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan .

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul Nya saja yang mengetahui dengan tepat 
. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun . Subhanallah.

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden . Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati .

Kredit kepada penulis (tidak dapat dikesan)

Wednesday, April 8, 2009

Asam Pedas Ikan Pari

Suka makan ikan pari...? Bakar ke masak asam pedas ke.. sumer best... tulang2 ikan pari ni pun leh ratah2...sebab lembut kan... say, kalau nak masak ikan pari.. cuci dulu bersih2 dgn garam sesudu... pastu bilas.. amik agak2 sengenggam (genggam baby ye) asam jawa.. pastu masukkan air paras2 ikan tadi... ramas2 kan asam jawa tu untuk rendam ikan... biarla ikan rendam kat air asam tu.. at the same time, amik cili boh (beli kat kedai singgit doposen tu) bawang besar satu setengah labu, garlic dalam 4-5 ulas, halia seinci, kunyit hidup setengah inci... blend together dalam blender bahan2 ni.. kalau nak lagi kaw, masukkan setengah sudu teh lada hitam(black pepper) dan 4-5 ekor ikan bilis... takyah belacan dah... blend sampai lumat..
tumiskan bahan2 diblend tu sampai garig..api slow2 jek...kalau api panas karang hangus plak... bubuh garam dan serbuk aji kaalu suka.. ikut selera.. masukkan ikan dan air asam biarkan menggelegak dalam 5-10 minit..... 
lastly, masukkan daun kesum dalam 10 batang..... didihkan lagi.... 
hmm..lapar laa plak ni... nyam..nyam...