Search This Blog

Monday, November 26, 2012

Sambal Tempoyak Ikan Bilis ala Minang



musim durian datang lagi
tapi sebenarnya tempoyak adalah antara ruji yang perlu ada kat rumah
dekat 2 kilo ada kat freezer tu 
buatan sendiri
jadi walau bukan musim durian 
masih tetap boleh masak sambal tempoyak ni

bagi penggemar tempoyak
salah satu cara untuk memasak tempoyak ni ialah dengan sambalkannya
ada yang suka warna merah (pakai cili kering boh)
tapi mengikut cara mak mentua
orang minang suka kaler kuning ni
lebih menarik
bahan perlu ada mestilah tempoyak
saya amik dalam 3 sudu besar untuk seperiuk kecil 1 liter tu
ikan bilis dalam setengah mangkuk
kunyit hidup seinci
cili api dalam 20 biji cili kampung (nak kaw lebih sikit)
garam (suku sudu kecil je sebab tempoyak tu dah bergaram)
air secawan setengah
serai sebatang
daun kunyit sehelai

caranya
tumbukkan cili dan kunyit serta garam dalam lesung
tumbuk sampai lumat
masukkan air dan tempoyak dalam periuk
buh bahan yang ditumbuk tu
gaul rata 
masukkan ikan bilis sekali
daun kunyit
dan serai (ketuk sikit serai tu ye)

masak semua bahan dalam periuk
dengan api sederhana kecil
kacau sentiasa takut berkerak bawah periuk tu
bil adah pekat (15 - 20 minit)
boleh hidangkan

makan dengan ikan goreng pun dah cukup sedap
tambah kalau ada petai rebus
pehhhhhh.....
terangkat!