Search This Blog

Monday, September 24, 2012

Cupcake Gula Hangus




semenjak dah dapat silicone mould tuk cupcake ni
rajin je daku nak membuat cupcake kukus ni
aritu dah buat choc cupcake steam
over the weekend tu terlebih rajin pulak nak buat gula hangus version of this cupcake
plus boleh bawak bekal tuk ke tuisyen anak2 nanti
(mind you these 2 kiddos mmg kebuluran lepas kelas 2-4, 4-6 tu)
selalu merengek nak menyinggah ke speedmart kalau lepas kelas
mahap ye anak2
tak rajin nak melayan sebab mama rushing nak amik ayah nak amik adik2 pulak
karang kalau menyinggah semua lambat

anyway resepinya:
gula hangus secawan (goreng gula dalam kuali dah hangus, buh air)
telur 5 biji whisk dgn gula 3/4 cawan
buh esen vanilla sesudu teh
tepung 2 cawan+soda bikarbonat sesudu kecik+baking powders sesudu kecik - ayak bersama
(buh dalam adunan telur)
masukkan 3/4 cawan susu pekat
secawan air suam
secawan minyak

buh dalam kertas cupcake
(kertas tu buh dalam silicone mould dulu)
buh adunan tadi
kukus dalam 5- 8 minit je

tara...
chedappppp....siriyesli!

Tuesday, September 18, 2012

Mi Lidi (manis)



ni adalah feveret we all masa kekecik dulu2
mi lidi
sekali sekala mak mesti buat mi ni
berkuah manis
kalau buat mesti seperiuk besar
sebab anak2 ramai
makan berebut2
teringat.......epic!

anyway, i did make this months ago
saja menggatal nak buat
sebab teringin nak makan
apparently
my kids (esp dotter)
love this to bit
n bila buat banyak
bagi kat Opah my neighbour cum mak angkat (mak ke-3)
Opah n cucu pun suka mi ni
terus mintak resepi

actually senang banget nak buat
janji ada mi lidi ni
atau dia tulis mi panjang
cari je kat kedai runcit2
rupanya ala2 spaghetti tapi putih tak kuning
kalau masak sebungkus 500gr tu
santan tu kelapa 2 biji ye
masak santan dgn mi
api sederhana
pastu biar menggelegak n mi lembut
dah lembut baru masukkan gula melaka (kabong) 2 ketul
eh racik dulu gula tu jangan bubuh setongkol tongkol tu bilanya nanti nak mencair
buh sikit gula pasir dalam 5 sudu

masak lagi sampai gula cair
sedia dihidangkan
voila!

Monday, September 10, 2012

Paprik Ayam Pemanggang Ajaib




Ramai dah tau resepi paprik ni kan
tapinak bagitau
pakai pemanggang ajaib ni
mmg kejap je
tak kotor dapur

Home-Made Pop Corn

pop corn? home made? wahhh....
terima kasih pada Pemanggang Ajaib
tapi ni bukan percubaan kali pertama yek
ni dah kali ke3 cuba
baru jadik

aritu try masa atam n cousins n ucu datang umah
1st buh mentega n gula dalam pan
masukkan jagung biji (beli kat kedai)
sekali bunyik pop
tgk2 separuh hangus separuh putih
kali kedua kecikkan apa
masih hangus
(percubaan atam juga gagal, tak tau dia buat cemana, tapi mmg gagalis gak laa)

since banyak lagi jagung biji tu (beli tak sampai 2 hengget pun tapi banyakkk
pikir punya pikir
buat magik la sikit
panaskan mentega dgn gula dalam kuali lain
dah nak cair masukkan jagung
bagi sebati dan hampir nak pop tu
masukkan dalam pemanggang ajaib
wah sekali keluar
cantikkk.....!

so, cousins n brothers n sista
meh kita buat sekali lagi
pop corn party!

hehehhe

Muffin Banana (Percubaan Pertama Muffin)



Walaupun tak berapa nak gebu tapi percubaan ini tidak lah gagal... masih ku berjaya menghidangkan tea time over weekend pada tetamu yang jengah ke umah (Opah Emir la dgn ank n cucunya...we love our Sunday best!)

Anyway bahan2 nya agak mudah:

susu secawan (susu segar la baik)
gula 3/4 cawan
mentega secawan (carikan)
tepung gandum 2 cawan diayak dgn soda bikarbonat dan baking powder
telur 4 biji
pisang lenyek
esen pisang

buh susu dgn gula dalam blender
kisar halus
masukkan telur sebiji demi sebiji blend rata
masukkan mentega cair
masukkan esen pisang (sikti je setengah sudu teh)
blend lagi
masukkan tepung lak
blend lagi
siap dah adunan

panaskan oven
buh adunan dalam cawan kertas ikut suka buh hampir penuh
masukkan setengah sudu teh pisang lenyek dalam tu

bakar 10 - 15 minit.... tadaaaaa