as usual,
other half akan berbuka simple kat workplace dulu
hence, me n the kids buka kat umah siap sumer baru fetch him
last night ada extra task
kena gi clinic sebab my gentle giant Adha demam
memandangkan tak berapa nak cukup time
masak ala kadar for iftar sahaja
Ikan Bakar:
ikan cencaru bakar dalam pemanggang ajaib
kalau siang ikan untuk dipanggang
kalau boleh jangan buang kulit luar dan potng kepala
sebab kat sini laa all th emoist n rasa tersembunyi tu
kalau buang tak moist n tak manis ikan tu nanti
Kuah asam extra kicap:
potong bawang besar (separuh je) hiris halus
2 ulas bawang putih (hentak sikit) pastu racik
cili api (fresh from garden)
potong2 kan...
masukkan dalam bekas, buh garam, buh belacan sikit (sesudu kecil)
buh air asam secawan(eh pakai air masak tau jgn air paip)
buh kicap 3 sudu besar ( i pakai Kicap Manis Jalen warna merah)
Sambal colek tempoyak:
cili merah 2 biji + 10-15 biji cili api
tumbuk dalam lesung dengan secubit garam sampai halus
buh dalam mangkuk
amik tempoyak dalam 2 sudu buh dalam mangkuk tu gak (my home made: kikis durian buh dalam bekas + garam gaul sebati kalau buh dalam freezer yang sejuk beku ye bertahun pun tahan rasanya)
rebus petai... :) voila!