Search This Blog

Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Wednesday, February 11, 2009

Nasi Goreng Kerabu

Semalam at work, sembang2 dengan my colleague pasal nasi goreng ni... discuss punya discuss my Motorola L6 rang, my other half sent an sms telling me he will be late (that means I will have to go home first, prepare dinner and wait for his second call of what time to fetch him...) Immediately, I decided to try the pre-discussed dish since there is some leftover rice from the day before... For this type of fried rice, one shud have few herbs namely serai(lemongrass), bunga kantan (apa nama in english ek( KANTAN FLOWER la kot...:)), daun limau purut...kalau ada daun kesum lagi best ni! If i buat nasi goreng, i don't like to put shallot(bawang kecik) or onion(bawang beso).. my mom's tip is banyakkan garlic(bawang putih), ikan bilis and cili api.. kalau tak mau sakit perut makan cili api ni, my late uncle once said, kita tumbukkan cili tu dengan batang2 nya sekali... takyah laa batang yang panjang gabak tu...at least cili tu still attach kat empulur (ye ke namanya empulur...part yang hold cili from stem tu...)tinggalkan sikit... tu rahsia makan cili kata my late-uncle... apprently, my kiddos pun makan nasi goreng cili i and tak pernah cirit-birit..AlHamdulillah thus far.. okay, back to nasi goreng kerabu tadi, semua herbs tadi racikkan halus-halus.... ikan bilis garlic and cili api tadi tumbukkan sampai halus... banyakkan ikan bilis (jangan kedekut ikan bilis kata arwah nenek i...tak sedap)... dah siap tumbuk, panaskan kuali or WOK, masukkan setengah cawan minyak masak...minyak tak mau banyak, nasi goreng ni banyak minyak tak best... pastu tumiskan bahan yang ditumbuk halus tadi, kacau dengan sudip jangan bagi bahan tumis tu hangus... karang tak sedap gak...the tip kalau nak tau terlebih minyak, tengok masa menumis tu, kalau bahan ditumis tu half dari minyak, sah2 laa terlebih minyak tu.... biar bahan ditumis tu lebih2, lebih best! Time tumis ni masukkan laa garam (kalau suka serbuk Pak Aji tambahla gak...ikut selera) Kalau masukkan garam the last, takut rasa tak serata... dah garing, masukkan nasi and kacau hingga rata...... pastu buat lubang sikit kat tetengah nasi yang sedang digoreng tu, pecahkan telur kat situ... gaul rata all over nasi.... kalau terlebih miyak masa menumis tadi, nak repent kesalahan tu, senang jek, lelebihkan laa telur time ni... 2-3 biji ke... dah sebati sumer kat kuali tu, masukkan laa herba2 yang telah diracik tu....... option kalau nak sayur, racikkan kacang panjang, masukkan akhir sekali..... sayur and herbs tu masak ala kadar jek.. takyah lecur2 sangat, hilang khasiatnya... angkat dan hidangkan... ni resepi yang i buat last nite, tak penah buat sebelum ni.. ingatkan my other half tak makan, so i set aside yang tak bubuh herbs... rupanya he ate the herbs one! ada leftover after we had dinner. I put inside the refrigrator... pepagi tadi sebelum subuh, bangun, panaskan dalam kuali... tengah siap2  nak pegi keje i heard sound of someone amik pinggan and sudu... rupanya my other half took his early breakfast!
tapi yang sedihnya nasik tu cam dah nak basi... tip:nak masak nasi goreng, kena pakai nasi yang belum nak basi lagi... kalau nak masak nasi goreng for dinner, nasi kena masak before off to work!! goshhh.......rugi tul!

Wednesday, January 21, 2009

Ikan Keli Goreng Sambal

Ni bukan laa ikan keli yang i maksudkan... but the two fellas ni amat suka makan ikan keli goreng sambal ni...
First sekali, beliikan keli yang fresh... bersihkan dengan asam garam....
goreng deep fry ikan keli dgn sedikit garam dan kunyit (up to u nak kunyit hidup ke kunyit serbuk)
goreng sampai garing tapi bukan hangus ye... careful, ikan keli ni 'hazardous' as what i always told my other half cos masa menggoreng tadi it will pop.. careful wif your hands, the best way masa goreng tutupkan kuali tu dengan tudung periuk ke anything yang can cover the whole process. Sambil menggoreng boleh la sediakan bahan2 untuk sambal pulak. Amik onion saiz sederhana, tumbukkan kat batu lesung. Kalau ada cili basah tumbukkan sekali sampai lumat. Kalau 2 ekor ikan keli tu cukupla setakat 3-4 bili cili basah. Nak terasa pedasnya, bubuh 3-4 biji cili api. Tumbuk dengan sedikit garam supaya kurang berair untuk melumatkan tadi. By this time, sure ikan dah siap di goreng. Angka dan toskan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali untuk menumis bahan yang sudah lumat ditumbuk tadi. Tumis sampai garing, tapi bukan hangus. Dah naik bau tadi, masukkan ikan keli.  Sebatikan dengan sambal. Angkat dan hidangkan. Nyam..nyam.....