Search This Blog

Monday, September 24, 2012

Cupcake Gula Hangus




semenjak dah dapat silicone mould tuk cupcake ni
rajin je daku nak membuat cupcake kukus ni
aritu dah buat choc cupcake steam
over the weekend tu terlebih rajin pulak nak buat gula hangus version of this cupcake
plus boleh bawak bekal tuk ke tuisyen anak2 nanti
(mind you these 2 kiddos mmg kebuluran lepas kelas 2-4, 4-6 tu)
selalu merengek nak menyinggah ke speedmart kalau lepas kelas
mahap ye anak2
tak rajin nak melayan sebab mama rushing nak amik ayah nak amik adik2 pulak
karang kalau menyinggah semua lambat

anyway resepinya:
gula hangus secawan (goreng gula dalam kuali dah hangus, buh air)
telur 5 biji whisk dgn gula 3/4 cawan
buh esen vanilla sesudu teh
tepung 2 cawan+soda bikarbonat sesudu kecik+baking powders sesudu kecik - ayak bersama
(buh dalam adunan telur)
masukkan 3/4 cawan susu pekat
secawan air suam
secawan minyak

buh dalam kertas cupcake
(kertas tu buh dalam silicone mould dulu)
buh adunan tadi
kukus dalam 5- 8 minit je

tara...
chedappppp....siriyesli!